Monday, April 1, 2013

ku selak halaman baru...

assalamualaikum..selamat malam Malaysia.. :D

ya Allah..sungguh lama aku tidak menjejaki belog milik sendiri..bila mula  di "scroll", entri yang terakhir pada 2011?? mungkin akibat jangkitan sendi-sendi tulang yang sudah mula rapuh mahu rajin menulis dan merepek..hahaha..

bila "recall" kembali masa mula-mula berjinak terjun dalam dunia belog sudah lama..beberapa tahun yang lalu..ini pula kali ketiga aku "active" kan balik belog ni..mungkin ada sedikit unsur-unsur pengaruh daripada orang sekeliling,jadi aku mula rajinkan diri untuk jadi "blogger" juga.. :p

(tu zaman budak hingusan,semua benda baru nak cuba). 

bila bebola mata aku mula meliar lihat entri-entri lama,ouh..sungguh banyak yang sudah berubah..nak baca balik pun,terkekek-kekek gelak..entah apa yang aku merepek sana,sini..mungkin sudah tiba masanya aku buat transformasi? :) hahaha..tapi aku tak tahu apa yang aku mahu rancang selepas ini..agaknya belog ini tetap seperti dulu lebih kepada "personal life"..atau mungkin aku boleh cuba untuk selitkan serba sedikit entri-entri yang lebih berfaedah..mungkin? :)


tapi apa yang aku dapati,sekurangnya ada sedikit kenangan yang pernah aku "post" untuk rasai bersama orang-orang yang aku sayang..mahu diundur rasanya detik-detik manis,ketawa riang dan tiada titisan kesedihan..tapi itu mustahil kerana tiada hamba Allah yang boleh lari dan terlepas daripada ujian Yang Maha Berkuasa..ada hikmah disebalik semua itu..insyaAllah..seperti apa yang tercatat pada hadis, "sekiranya Allah menginginkan kebaikan seseorang itu, Allah akan mengujinya dengan kesusahan" (hadis riwayat al-Bukhari). 


sebenarnya,banyak sudah yang aku pernah lalui sepanjang 22 tahun hidup..tidakkk..da 22?hahaha..'ini semua poyo'..(ayat yang selalu digunapakai sekarang)..Allahmdulillah, syukur.. pahit,manis itu sudah biasa menjadi intipati hidup kita sebenarnya..apa yang beza amal dan sejauh mana tahap keimanan kita pada Yang Satu..seperti aku juga,masih "WIP" untuk belajar,belajar dan belajar menjadi lagi baik,lebih terperinci menjadi muslim dan mukmin yang sejati..amin.. :) tapi hakikatnya,manusia tidak pernah berhenti untuk belajar walaupun kita sudah menjangkau usia tua..


menulis untuk meluahkan pendapat dan segala macam 'wayar' yang tersirat dalam kepala adalah salah satu yang boleh menjadi hobi aku (kalau typing boleh la,writing memang malas)..kihkih..tapi itulah akibat kekangan masa dan juga sikap rajin itu cuma di hujung tanduk je.. :P sudah tiba masanya untuk mengundur diri lah,baru teringat masih ada saki-baki "assignment" tak sentuh lagi..talk to you later..andai nyawa masih dikandung badan,insyaAllah ada rezeki ketemu lagi..segala salah,silap mohon dimaafkan..assalamualaikum.. :)