Barang siapa yang mengerat kukunya pada:....
HARI SABTU:nescaya
keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.....
HARI AHAD:nescaya
keluarnya kekayaan dan masu kemiskinan.....
HARI ISNIN:nescaya
keluar daripadanya gila dan masuk sihat.....
HARI SELASA:nescaya
keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.....
HARI RABU:nescaya
keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.....
HARI KHAMIS:nescaya
keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.....
HARI JUMAAT:nescaya
keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk rahmat
daripada Allah taala.....
Walaupun hanya kuku tapi adalah sebahagian daripada badan kita yang perlu kita
hormati. Misalnya,kerat kuku ada adabnya selain ikut hari,kita juga perlu buang
kuku itu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar,eloklah buang ke
tanah kerana kita juga adalah unsur tanah,bukannya tong sampah sekalipun tong
sampah itu bersih. Mulakan kerat kuku itu mulai dengan Bismillah dan selawat
Nabi dan mula dari jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan
kanan,kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan
akhirnya ibu jari tangan kanan. Kaki pula,mula dengan jari kelingking kanan
sampai kelingking jari kaki kiri.....
No comments:
Post a Comment